Lauk Haram Jadah Makanan Asli Etnik Chetti di Melaka ?! | Resepi Tok Melaka

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!



Added by miamigo
88 Views
Resepi Tok Melaka diteruskan lagi di Melaka tetapi kalini kami berada di Bandaraya Bersejarah Melaka. Episod kalini membawakan satu etnik dan komuniti Peranakan pertama dan yang tertua di Malaysia iaitu Etnik Chetti.

Untuk Resepi Tok kalini Fendi belajar proses pembuatan makanan Chetti Asli iaitu Laok Aram Jada. Resepi makanan Chetti ini cukup unik dan menarik kerana walaupun rata-rata masyarakat Chetti beragama Hindu namun gaya hidup mereka dari segi pakaian, makanan dan percakapan mirip orang Melayu.

Persoalannya macam mana rupa dan rasa Laok Aram Jada ni? Kalau nak tahu kenalah tonton sehingga habis.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba makanan Chetti kini anda boleh menjamu selera dan mencuba resipi unik tradisional masyarakat Chetti Melaka di:

????Lokasi » Wen’s Kitchen
169, Jalan Tengkera, Melaka.

???? Waktu Operasi » Dibuka Setiap Hari (Jumaat Tutup) 12pm - 5pm.

☎️ Nombor Telefon » 010-359 6767

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Category
LOFOTEN
Commenting disabled.